Thursday, March 20, 2008

YB Fuziah Salleh, wakil rakyat Kuantan merungut kerana Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)tidak memberikan kerjasama untuk beliau menunaikan tanggungjawap sebagai wakil rakyat. Dalam kes yang lain pula, ayah saudara saya semasa menghadiri temuduga untuk FELDA telah ditanya beliau menyokong parit mana. Apa kena mengena kepartian seseorang dengan haknya untuk menjadi peneroka?

Nampaknya masih ada kakitangan kerajaan yang ta'faham-faham bahawa mereka bekerja untuk negara bukan untuk parti yang memerintah. Apa nak diherankan kalau orang politikpun ta'faham-faham bahawa apabila mereka dipilih dan dilantik untuk menjadi pemimpin, mereka adalah pemimpin kepada semua rakyat bukan kepada ahli parti semata-mata. Parti politik hanyalah platform untuk mengenengahkan suatu kefahaman, cara atau pendekatan bagaimana negara harus ditadbir. Apabila mereka menang dalam sesuatu pilihanraya dan membentuk kerajaan, mereka sebenarnya memikul amanah rakyat untuk mentadbir negara atau negeri dengan sebaik mungkin.

Oleh itu tidak timbul soal menarik balik kemudahan, peruntukan dan subsidi kepada penyokong atau kawasan yang menyokong pembangkang. Ini kerana duit untuk kemudahan, peruntukan dan subsidi datangnya dari duit rakyat; cukai yang dibayar oleh rakyat tanpa mengira parti mana yang disokong; BN, PAS, PKR atau DAP.

Sekiranya kemudahan, peruntukan dan subsidi hanya diberikan kepada penyokong parti yang memerintah, maka tidak perlulah mereka yang menyokong pembangkang membayar cukai.

Begitu jugalah dengan segelintir kakitangan kerajaan yang beranggapan bahawa kerana mereka makan gaji dengan kerajaan yang 'so happen to be' BN maka mereka harus menyokong BN. Tidakkah mereka sedar bahawa duit gaji mereka datangnya dari pembayar cukai tanpa mengira parti. Saya tidak menyokong BN tetapi saya tetap membayar cukai kepada kerajaan. BN yang membentuk kerajaan hanya diamanahkan untuk menguruskan kewangan negara yang sumbernya dari pembayar cukai, khazanah negara dan sebagainya bukannya duit ahli-ahli parti dan penyokong BN. Dalam lain ertikata bukan duit BN, bukan duit UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN.

Oleh itu wahai kakitangan kerajaan, insaflah gaji anda dibayar oleh rakyat, berkhidmatlah untuk rakyat. Janganlah mengokong diri anda dengan kepartian. Parti yang memerintah boleh berubah, tetapi kedudukan anda sebagai kakitangan kerajaan adalah kekal kerana anda digaji oleh rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.

Noruddin Idris Noh

No comments: