| Ini kali pertama saya menulis dalam blog. Tujuannya untuk mencurahkan pandangan saya berhubong dengan berbagai perkara, politik, social dan sebagainya dan seterusnya mendengar pendapat orang lain tentang isu yang ditimbulkan. Semuga dengan pencambahan fikiran akan mendedahkan kita kepada sudut pandangan yang berbagai dan menjadikan kita lebih terbuka dalam mengukur sesuatu perkara. Yang penting, jangan kita menjadi 'katak bawah tempurung' yang kelak akan mematikan fikiran kita, menjadi 'jin mata satu'. Melihat sesuatu isu dari satu sudut pandangan semata-mata dan mengenepikan sudut pandangan yang lain. Keghairahan untuk mengupus isu politik semasa begitu melonjak, tetapi eloklah saya ketepikan dulu buat sementara waktu sehingga saya lebih selesa untuk menulis dalam blog. Jumpa lagi... Noruddin Idris Noh |
Wednesday, March 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment